LAMAN UTAMA



Perasaan Takut

Pujangga ada mengatakan:"Kebanyakan orang mengalami kegagalan disebabkan oleh perasaan takut mengalami kegagalan dan bukannya kegagalan itu sendiri".
Sebaik sahaja anda takut kepada sesuatu, otak anda akan menjadi beku dan tidak berupaya untuk berfungsi secara kreatif serta gagal menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi.
Oleh itu anda mestilah menghilangkan rasa takut yang ada dalam diri dengan segera. Mulakan langkah anda dengan melakukan tugas secara bersungguh-sungguh. Jika anda berjaya, tahniah kerana anda telah berjaya melakukan sesuatu dalam hidup. Tetapi jika anda gagal, janganlah berputus asa kerana anda masih hidup. Kegagalan itu hanyalah satu pengalaman dan bukannya keputusan muktamad untuk selama-lamanya.
Ingatlah bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan kecuali perasaan takut itu sendiri dan kita hendaklah sentiasa bertawakal kepada Allah. Jika anda hanya takut kepadaNya,anda akan menjadi orang yang paling berani berhadapan dengan cabaran dunia.