Sering terdengar pelajar mengeluh tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran dan membereskan kerja sekolah. Benarkah masa 24 jam sehari tidak mencukupi? Benar bagi mereka yang tidak dapat menguruskan masa dengan betul dan sebaliknya bagi mereka yang dapat mengurus masa dengan baik. Pengurusan masa yang baik dapat membantu anda merancang aktiviti harian anda dengan sempurna.
Panduan Mengurus Masa
- Memberi fokus kepada perlaksanaan perkara-perkara yang betul (keberkesanan).
- Perkara yang betul ialah aktiviti yg sesuai dgn matlamat anda
- Memberi tumpuan kepada perlaksanaan kerja-kerja dengan betul (kecekapan) – cth -peruntukan masa yang mencukupi.
- Beri tumpuan kepada matlamat dan bukannya kepada aktiviti –tetapkan jadual (tahunan/bulanan/mingguan/harian).
- Laksanakan sesuatu mengikut prioritinya.
- Jangan lengahkan tugas – hari ini pasti, semalam rugi, esok bonus
- Belajar mengatakan “tidak”
- Buat sesuatu dgn betul pada kali pertama
- Bahagikan tugasan yang besar kepada skop/tajuk yang kecil