LAMAN UTAMA



Isnin, 14 Disember 2009

Menangani Stress

Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam hidup. Stress atau tekanan boleh mendatangkan pelbagai masalah negatif kepada individu sama ada dari segi emosi atau fizikal. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia akan berlarutan dan mendatangkan kesan yang negatif kepada mental seperti kegelisahan dan kemurungan. Sukar untuk mengelakkan stress daripada berlaku tetapi kita mampu berusaha menanganinya daripada mengganggu emosi dan fizikal dengan menjana sikap positif melalui minda dan emosi.
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menangani stress adalah seperti berikut:
  • tidur sejenak
  • berurut
  • ketawa
  • bersikap lembut terhadap diri sendiri
  • bercuti
  • beriadah
  • membaca Al Quran bagi yang beragama Islam