LAMAN UTAMA



Isnin, 7 Disember 2009

Sukan Wajib Dalam Kokurikulum

Utusan Malaysia ,7 Dis. 2009

MUAR 6 Dis. – Kokurikulum pendidikan negara akan diubah bagi menjadikan sukan sebagai aktiviti wajib sekali gus sebagai komponen penting dalam pendidikan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan mencungkil potensi dan kebolehan pelajar menerusi pelbagai bidang serta menggiatkan lagi aktiviti sukan di negara ini.
“Kokurikulum di sekolah merangkumi pelbagai perkara sama ada sukan dan bukan sukan termasuk badan-badan uniform serta kelab dan persatuan.