KUALA TERENGGANU 11 Mac - Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menerima keputusan mereka hari ini boleh mula memohon bagi mengikuti pengajian di 12 kolej matrikulasi di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sebanyak 27,000 tempat ditawarkan melibatkan pelbagai program pengajian termasuk dalam bidang kritikal seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pergigian.
"Kita tawarkan 27,000 tempat dan mereka yang baru terima keputusan SPM hari ini sudah mula boleh memohon untuk belajar di kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran di seluruh negara.
"Semua 12 kolej ini terdiri daripada sembilan kolej matrikulasi (biasa) dan tiga kolej matrikulasi teknikal," katanya.