LAMAN UTAMA



Selasa, 26 Januari 2010

Aliran Teknik dan Vokasional

Aliran Teknik
Dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Aliran Teknik menyediakan tujuh kursus, iaitu
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Perdagangan
  • ERT Pengurusan Makanan
  • ERT Pengajian Pakaian
  • Pertanian

Pelajar aliran teknikal akan mengambil enam mata pelajaran teras dalam peringkat SPM, di samping mata pelajaran elektif Teknikal dan Sains.

Aliran Vokasional
Khusus untuk pelajar yang sederhana dalam akademik dan berminat pelajaran bercorak vokasional. Menyediakan 18 kursus, iaitu

  • Pengaturcaraan Komputer
  • Automotif
  • Elektrik dan Elektronik
  • Fesyen
  • Katering
  • Pelancongan
  • Pengurusan Teknologi Pejabat
  • Pengurusan Perniagaan
  • Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Amalan Bengkel Mesin
  • Kimpalan
  • Binaan Bangunan
  • Seni Kecantikan
  • Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-Kanak
  • Bakeri
  • Hortikultur Hiasan dan Lanskap
  • Kejenteraan Ladang
  • Pengurusan Ladang

Pelajar aliran vokasional akan mengambil enam mata pelajaran teras, di samping dua mata pelajaran elektif vokasional.