Patut Kita Bersyukur"
10 Perkara Yang Patut Kita Bersyukur
- Kita masih hidup sehingga hari ini dan alas an ini sudah cukup kuat buat kita bersyukur.
- Sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas. Semuanya percuma.
- Berkesempatan untuk bersekolah. Biarpun penat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi pelbagai peperiksaan namun percayalah ramai orang yang mengimpikan untuk berada di tempat kamu.
- Kita boleh membaca dan bayangkan berapa banyak ilmu dan perkara yang kita dapat peroleh dari membaca.
- Punya bakat tertentu! Setiap insan dikurniakan bakat yang tertentu oleh tuhan. Jadi bersyukurlah kerana bukan semua orang mampu melakukan apa yang kamu mampu lakukan.
- Di dunia ini tidak ada orang yang boleh menyerupai kamu. Sekiranya kamu anak kembar sekalipun, pasti ada bezanya.
- Hidup di negara bebas perang.
- Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berlangitkan bintang.
- Kamu masih ada tempat untuk mengadu kesedihan yang dihadapi.
- Setiap kali kamu lakukan kesalahan pasti ada yang menegur untuk memperbetulkan kerana mereka tidak mahu kamu jatuh tersungkur di atas kesalahan yang kamu lakukan.