LAMAN UTAMA



Rabu, 3 Februari 2010

Pengurusan Masa (2)

1. Buat Senarai Tugas Yang Perlu Dilaksanakan Setiap Hari
Sediakan buku kecil di dalam saku. Buat catatan tugas yang perlu dilakukan hari itu. Catatkan tugas terpenting dan letakkan senarai paling atas. Warnakan dengan dakwat merah tanda tugas itu perlu dilaksanakan.
2. Guna Masa Yang Terluang
Membaca atau meneliti nota ketika menunggu bas, sebelum kelas bermula, sementara menunggu guru tiba, ketika rehat dan waktu terluang. Buku kecil mengandungi senarai tugas dan nota perlu sentiasa berada di sisi anda.
3. Berani Untuk Berkata "Tidak Mahu"
Ada kawan-kawan atau saudara mara datang ke rumah dan mengajak kamu keluar atau tugasan lain yang tiada dalam senarai tugasan. Jika ada lagi tugas penting yang belum dilaksanakan, maka anda perlu menolak pelawaan itu. Penolakan itu perlu dilakukan dengan jujur, lembut dan tegas.
4. Lakukan Tugas Pada Masa Yang Sesuai
Tugas yang dilakukan lebih berkesan jika dapat dilaksanakan pada masa yang sesuai. Contoh; jika anda suka membaca buku pada pukul 8.30 malam, maka peruntukan masa tersebut untuk membaca.
5. Ulang Kaji
Latihan yang dilakukan setiap hari menjadikan anda mahir. Jika berulang kali membaca sesuatu bab anda akan hafal bab itu. Jadikan amalan membaca nota sebagai amalan harian dan tidak lagi perlu membuang masa membaca buku. Orang yang jarang mengulang kaji akan mengambil masa lama untuk membaca buku.
6. Dapatkan Masa Rehat Mencukupi
Apabila kurang tidur, tenaga berfikir anda menjadi lemah. Badan menjadi tidak bertenaga dan daya tumpuan juga akan berkurangan. Jika berlaku perkara di atas, masa anda berada di kelas menjadi sia-sia. Keadaan ini membuatkan perasaan bosan dengan pengajaran guru. Masa ideal untuk pelajar tidur ialah 6 hingga 8 jam sehari.