"Bergayut Di Telefon Fenomena Remaja Masa Kini"
Bergayut Di Telefon Fenomena Remaja Masa Kini
- Isu remaja bergayut ditelefon adalah fenomena baru di negara ini. Ia tidak mempunyai kaitan dengan masalah psikiatri, tetapi berkaitan dengan isu sosiologi
- Fenomena ini disebabkan oleh perubahan teknologi yang menyebabkan perubahan cara masyarakat berinteraksi.
- Disebabkan telefon bimbit, kadangkala kita berdepan dengan orang lain tetapi berinteraksi dengan orang lain.
- Kadangkala ibu bapa dipaksa oleh anak-anak untuk membeli telefon bimbit setanding kawan-kawan lain. Ini juga menjadikan komunikasi secara 'in person' beralih kepada telefon bimbit.
- Nilai sopan santun dan hormat-menghormati terhakis kerana apabila telefon bimbit berdering, seseorang akan terus menjawab telefon sedangkan pada masa yang sama dia sedang bercakap dengan orang lain.
- Telefon bimbit juga boleh mengancam keselamatan pengguna kerana kebanyakkannya menggunakan telefon bimbit tanpa mengira masa dan tempat. Contohnya; waktu memandu
- Telefon bimbit juga boleh mendatangkan kesan negatif sekiranya ia disalah gunakan. Contohnya mengambil gambar pornografi tanpa kebenaran dan kemudian mengedarkannya tanpa kebenaran sama ada dalam bentuk gambar atau video
- Remaja juga menggunakannya untuk menggugut mangsanya atau mengganggu orang lain.