LAMAN UTAMA



Khamis, 11 Februari 2010

Pengurusan Masa (3)

Strategi pengurusan masa yang berkesan membantu pelajar meningkatkan produktiviti dengan memperkemas aktiviti belajar, riadah, menyiapkan kerja rumah dan mengemaskini tugasan. Panduan berkesan dalam melaksanakan strategi ini ialah:
  • Menangguhkan seketika kerja yang tidak penting

Bukan semua menangguh kerja itu tidak baik tetapi anda perlu bijak mengenalpasti beberapa tugasan yang boleh ditangguhkan. Penangguhan ini bagi memberi tumpuan kepada tugasan yang penting dan perlu diberi keutamaan.

  • Tanya soalan

Ada ketikannya, tidak tahu hendak memulakan sesuatu kerja. Pemikiran bercelaru. Ketika inilah anda perlu bertanya kepada diri sendiri. "Apakah perkara yang paling penting patut dilakukan sekarang?"

Apakah perkara atau kerja yang masih belum disempurnakan. Apakah ada kerja rumah yang belum disiapkan. Soalan sedemikian dapat membantu anda mengenalpasti tugas yang belum selesai dan perkara penting yang patut dilaksanakan.


  • Hindarkan daripada melakukan semua perkara

Terdapat pelajar cenderung melaksanakan semua tugasan dan kerja yang ada. Memang benar sekiranya kerja anda siap pastinya akan rasa lega.

Bagaimanapun perlu diingat bahawa jika beban kerja melebihi kemampuan, hasilnya tidak berkesan. Anda sendiri tidak berpuas hati dengan hasil yang tidak berkualiti. Hasil kerja yang baik datangnya daripada usaha yang teliti dan fokus.

  • Kenalpasti tenaga yang ada dalam diri anda

Sepanjang hari, anda tidak akan bertenaga sepenuhnya. Adakalanya akan berasa letih selepas seharian di sekolah. Apabila anda sedang bertenaga, banyak aktiviti yang anda boleh jalankan. Bagi memastikan tenaga anda dioptimumkan, pastikan tugasan penting dilaksanakan ketika berada dalam keadaan benar-benar bertenaga dan bersemangat.

Jika keadaan sudah menjadi lemah, lakukan perkara mudah seperti membaca bahan bacaan ringan atau melakukan riadah.