LAMAN UTAMA



Isnin, 8 Februari 2010

Program 2 Minit Bersama PRS

Nur Shazana sedang menyampaikan info bertajuk
"Bahaya Bermain Komputer Terlalu Lama"

"Bahaya Bermain Komputer Terlalu Lama"
Kebanyakkan kanak-kanak dalam zaman IT ini amat gemar menghabiskan masa bermain komputer, tidak kiralah sama ada melayari internet , mahupun bermain ribuan permainan yang canggih-canggih. Memang komputer melekakan dan mengasyikkan, hingga ada orang yang sanggup tidak keluar rumah, tidak bercakap dengan sesiapa, tidak pedulikan hal yang berlaku disekeliling mereka; bahkan ada yang tidak tidur mahupun makan akibat terlalu asyik dibuai kecanggihan komputer. Begitulah hebatnya penangan komputer kepada kita semua.
Komputer Dapat Menyebabkan Ketagihan
Memang benar ! Komputer dapat menyebabkan ketagihan. Apa tidaknya, makin lama anda melayari internet, makin seronok rasanya dan susah untuk berhenti. Namun begitu, tahukah anda menggunakan komputer terlalu lama dapat menyebabkan bahaya, bahkan memudaratkan kesihatan sehingga dapat meragut nyawa.
Menurut laporang di Rusia, seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak kerana menghabiskan masa selama 12 jam tanpa henti bermain komputer di sebuah kelab.
Ketagihan Komputer Semakin Serius
Penyakit ketagihan komputer semakin serius, bukan sahaja di kalangan penduduk negara maju, bahkan negara membangun juga. Menurut penyelidikan sosiologi di negara-negara maju, sehingga 80% penuntut sekolah berusia 12 hingga 13 tahun ketagih bermain komputer. Di Barat, ketagihan komputer ini kini mengatasi ketagihan alkohol dan dadah. Kanak-kanak ini dikesan menjadi lebih garang dan tidak stabil dari segi emosi, serta tidak mampu menahan kegairahan untuk bermain permainan komputer, sehingga memberi perkembangan negatif dari segi fizikal dan intelektual, selain menyebabkan gangguan dan kemurungan.